Ciksembang's Blog

Just another WordPress.com weblog

Buka dengan Menu Ayam Masak Kelio– ummmm yummy

Actually CS tak lah rasa nak buat post pasal resipi ni lagi.. tapi atas permintaan kawan ofis Juma dan Intan, CS upload juga foto ini.Foto ini kurang baik sikit sebab digital camera CS ada problem sikit.CS gunakan handphone sahaja untuk upload foto ni.. kalau berkenan dengan menu ni pm lah CS atau gunalah mana-mana channel.CS tak ada masalah

September 10, 2009 Posted by | Koleksi Resipi, Petua & Tips | , | 3 Comments

Jom Kongsi Resipi Mak Mertua Rendang Daging Special – Dendeng


ini mak mertua CS – yang penuh ilmu dengan resipi

Dendeng Daging Mak Mentua

Semalam kebetulan Farhan balik lagi Perak cuti Nuzul Quran.We all ambil peluang balik kampung tapi di Kuala Lumpur rumah mak mertua. Mak mentua CS ni,bila balik sana, beliau akan ambil peluang lepak tak masuk dapur.Terpulang lah CS dan Fara biras CS nak masak apa.
Fikir punya fikir, masa ni lah nak ambil peluang cedok ilmu mentua yang satu ketika dulu chef untuk caterer agak terkenal yang kerap dapat jemputan catering rumah Dato-dato, artis dan kerabat. CS nak cuba buat dendeng daging yang menjadi kegemaran Farhan.

Disini CS turunkan resipi dendeng daging ni.. tak apalah tak payah sorok2 sebab ilmu ni ilmu Allah..
Bahan-bahan
Daging – 500g
Bahan kisar
Bawang besar 5 biji
Bawang putih 4 biji
Halia – 1/2 inci
Cili kering
Bahan lain
Sedikit belacan
sedikit air asam jawa campur sesudu teh gula pasir
Kicap pekat
Kicap manis

Cara-cara

  1. daging direbus dengan air yang sedikit
  2. selepas direbus, daging digoreng sehingga agak kekuningan – jangan buang air rebusan tadi ye
  3. Tumiskan bahan yang dikisar tadi sehingga agak garing.Kalau boleh cili kering tu jangan lumat sangat dikisar.
  4. Masukkan belacan dan air asam tadi
  5. Kemudian masukkan daging
  6. Masukkan kicap pekat dan kicap manis menjadikan daging kehitaman
  7. dan biarkan sehingga agak kering seperti kita buat rendang
Jomlah cuba
nota , jangan keliru dengan foto ni yang nampak ada kentang.itu CS ajust dengan keperluan anak2

September 7, 2009 Posted by | Koleksi Resipi, Petua & Tips, Sosial Keluarga | , , | 3 Comments

   

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.