Ciksembang's Blog

Just another WordPress.com weblog

52 Tahun Merdeka, 10 Tahun Abah Pergi

Hari ini disaat rakyat Malaysia menyambut Hari Kemerdekaan ke 52,saya dan adik beradik yang lain terus mengingati genapnya 10 tahun pemergian abah kami Almarhum Haji Mohd Zulkifly bin Abdul Samad. Saya tidak boleh lupa lagi, saat abah pergi saya tiada disisi abah kerana menghadiri perkahwinan adik suami iaitu Zamri bin Hussain dan Sohaili bt Mansor. Abah pergi pukul 5 pagi sebelum subuh dengan sakit kanser hati yang abah tanggung selama 1 tahun.

Abah agak menajdi sakitnya dalam tempoh 2 bulan dan yang paling tidak dapat saya lupakan apabila abah terpaksa diberi morfin sebagai ubat terakhir untuk abah menahan sakit.
Bayangkanlah apabila morfin kita berikan, kesannya kita dapat lihat apabila abah mula meracau-racau seolah-olah ‘drug’ tersebut telah membuat dia ketagih. Aduh pilunya saya adik beradik melihat keadaan abah ketika itu. Emak pada masa itu hanya berserah kepada Allah dan memohon supaya sakit abah tidak berpanjangan.

Genap 31 Ogos 1999, abah pergi pada umur nya 66 tahun. Pada sesiapa yang membaca post saya ini, marilah kita muhasabah diri kita dalam bulan yang penuh dengan barakah ini, bilakah kita pula akan ditarik nyawa. Semoga kita semua pergi dalam keadaan beriman. Sudilah apa kiranya, kawan-kawan mensedekahkan bacaan fatihah kepada Almarhum bapa kesayangan saya… semoga Allah mengangkat semua siksa kubur dan melapangkan kubur abah.Al-Fatihah..

August 30, 2009 - Posted by | Diari Cik Sembang, Precious Moments |

4 Comments »

  1. sekali lagi al-fatihah untuk arwah

    Comment by mekchu | August 31, 2010 | Reply

    • Thx Su

      Comment by Anonymous | August 31, 2010 | Reply

  2. sekali lagi al-fatihah untuk arwah

    Comment by mekchu | August 31, 2010 | Reply

    • Thx Su

      Comment by Anonymous | August 31, 2010 | Reply


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: