Ciksembang's Blog

Just another WordPress.com weblog

Great Wall Beijing – Sungguh Penat

Tajuk entri ni je macam tak best.. belum uols baca dah penat kot…

So? nak baca tak ni?
Weol pergi Great Wall ni pada 17 Mac 2003.. suhu masih 3 darjah.. sejuk sejuk sejuk. Dalam perjalanan ke Great Wall dari hotel kami ambik masa lebih kurang 1 jam jugak.
Sejarah Great Wall ni ialah dibina selama 200 tahun dan sepanjang 6000km semasa Dinasti Ming dan bersambung dengan DInasti Qing. Yang weol pegi Great Wall ni dipanggil JuYongGuan kawasan yang panggil dekat dengan Beijing.

Tujuan tembok ni dibina sebab nak menghalang orang Mongolia masuk ke China mengambil barang2 makanan. Kat Mongolia masa tu tak ada makanan. Emperor berasa marah dan mengarahkan orang2nya membina tembok ni.

Di kalangan penduduk China, Great Wall dikenali juga dengan Long Wall.. ( ni mesti korang dah boring baca.. tau2 korang tak minat sejarah kan?) . Menara2 juga dibina sebagai signal untuk memberitahu kedatangan org Mongolia. Asap akan dikeluarkan dari Menara tu.

Ciksembang terkejut bila sampai di Great Wall ni.. rupanya Great Wall yang akan weol naik ni sebijik naik tangga. YOSHHHH!

TINGGI mak datok kau.. dan tangga ni bukan sama saiz.. mencungap nak sampai sampai Menara ke3. Ada 4 tower.. tapi weol sampai tower ketiga sebab jalan dah mengecik penuh dengan salji..

Bila dah sampai atas, adussss cantiknya pemandangan.. macam tengok lukisan gunung2 disekitar Great Wall ni… best giler.. berbaloi-baloi penat lelah naik ni.. (korang dah penat jugak baca ke?)

Photobucket
macam lukisan kan..

Photobucket

kenapa ni Leana.. rasanya macam gayat nak turun.. tinggi macam nk jatuh rasa

Photobucket
klik kat gambar utk lebih besar… rasa macam lukisan je tapi gambar real without editing

Photobucket
kat Tower ke3.. sila pandang belakang tuh.. tangga dah mengecil dan dipenuhi salji
Husna orang pertama sampai ke Tower ke3 dalam group weol. tak terkejar ciksembang. risau pun ada sebab tangga agak licin dengan salji

April 9, 2010 - Posted by | Diari Hati Cik Sembang, My Travel | , ,

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: