Ciksembang's Blog

Just another WordPress.com weblog

Program Berjalan Untuk Hidup

Sabtu lepas, Aqil dipilih untuk join Program Berjalan Untuk Hidup kat Gelanggang Lalulintas Lake Garden Seremban.

Semangat betul Aqil bangun pagi-pagi. Rasanya yang lebih bukan nak berjalan tapi nak amik TSHIRT and topi lepas tu dapat sijil.. Asal Aqil suka kumpul sijil wallahua’lam bissawab – memang susah nak jawab

anyway Program ni memang baik bagus as awareness biar kita pakai seatbelt belakang, pakai helmet, guna jejantas .. macam2lah..
Tapi yang paling penting, program ni Aqil dapat exercise sikit.. dah gemuk gebu si Aqil ni..
AQIL kau mmg menarik tertarik KAU MEMANG DEBOMM
Tak ada idea nak menulis ni.. atau CS tak biasa tulis rasmi2 macam ni.. kat FB , CS ramai kenalan penulis buku.. atau yg gila baca buku.. sampai nak buat Menara Buku..what a such great idea..tetiba je keluar tajuk.. peeerahhh mabuk CS

Photobucket

Photobucket
AQIL turunkan signature kat banner

January 31, 2010 Posted by | Buah Hatiku, Diari Hati Cik Sembang, Sembang Sosial | | Leave a comment

Jalan-Jalan Cari Makan Kat Johor

Cerita ni belum basi lagi.. JJCM ni pada 14 januari NS Cuti Hari Yam Tuan Besar NS.
Disebabkan CS tak dapat apa2 pingat, CS pun membawa diri ke JB.. ikut En Abe.. Ikram,Aqil n Husna pun ikut sama..
Selama ni dengar je En Abe makan sedap2 kat sana.. so kat sini CS nak share tempat makan yang sempat CS kunjungi sehari disana..
Malam tu baru sampai dari Seremban, weol makan kat Simple Street kat Jalan Tebrau dekat Hotel Selesa , belum sampai bandar JB pun lagi.. speciality kat sini Nasi Lemak Ayam.. bila tengok betul2 macam tak ada beza dengan nasi lemak lain.. tapi bila kena dengan ayam goreng kedai ni, memang terasa spesel .. meleleh air liur korang
Boleh bagi 5 BINTANG kedai ni.. tak pasal2 CS promote..
Photobucket
SORRY BEB – gambar nasi lemak tak ada.. tapi pecayalah CS memang tipu..

Tengahari Khamis tu, En Abe bawak gi makan Nasi Ambeng.. korang sebut betul2 sikit… bukan jalok ambong.. kang kena cium korang dengan orang jawa..
Nasi Ambeng ni kat Bandar Baru Uda.. pun spesel jugak… arghhhhh release rasa dari Seremban yang kehausan dengan Kedai Makan..
CS bagi 5 BINTANG jugak kedai ni…
Photobucket

NI NAMA TEMPAT MAKAN SELERA MAHSURI – NAMA KEDAI MAT CORNER

Photobucket
AMACAM ? ADA SELERA TAK?

January 28, 2010 Posted by | Holiday Event, Koleksi Resipi, My Travel | , | 8 Comments

Noxxa AMWAY Oven Breadmaker- Seperti Magic!

Bukan ciksembang kalau tak berceloteh pasal resipi, makan2 ni..
Weekend baru ni, neighbour Kak Gee ajak join demo buat roti.. dalam hati CS…mende lah nak buat roti ni.. gilah beli je kat Bakers Cottage ke.. Big Apple ke.. kedai mamak pun bertambun roti ni..

Tapi bila dah demo.. hah hambik kau !.. ROTI PANAS BEB… phuh .. caya la oven ni.. boleh menguli dan membakar..
rasa tak percaya tapi oven ni SEPERTI MAGIC.. tiba2 je gedegung gedegang oven tu.. keluar je jadi roti wholemeal..
Kalau minat oven ni, Jom layan piccasss ni..
Photobucket
LAIN MACAM JE PIC YANG NI .. hahaha..kuning betul CS ni

Photobucket

GEBU – macam Zizie Ezette..

Photobucket

INILAH ALAT YANG MENGULI TEPUNG DAN YIS SERENTAK SEHINGGA JADI DOH

Photobucket

SEPERTI MAGIC -BUN DAH SIAP..LOOKS REAL

Photobucket

DARI KIRI – AN, ACIK COMEL, TUAN RUMAH, INA, DAN KAKAK CS- SISTER LINDA

January 28, 2010 Posted by | Koleksi Resipi | , | 2 Comments

New Hostel & Farhan

Kali ni cerita Farhan pulak dengan New Hostel… tuan/puan jangan salah faham.. Farhan bukan pindah sekolah.. tapi nama blok asrama Farhan New Hostel.. macam-macam nama blok asrama kat MCKK so called Koleq ni.. Prep School, New Hostel, Big School, entah apa lagi..

On the way pergi weol singgah Ipoh nak lunch.. En Abe pun nak bawak ayahnya makan kat tempat special sikikt.. nama kedai tu PAKEEZA RESTORAN makanan orang Moghul aka makanan kari2 /masala ni..

Kali ni , hostel Farhan kira boleh tahan laa compared to Prep School. The Prep School building is strong but the internal part is not good , still wooden staircase. New Hotel ni.. silap silap Hostel adalah hostel yang paling jauuuuuuuuuuuuhhhhhhhhhhh. Nasib baik Ciksembang tak sekolah sini dulu, kalau tidak memang den lari balik.. jauh nak mampuih.. tapi tapi tapi.. pemandangan dari bilik Farhan cukup hebat.. greeny .. I LIKE.

Bila balik, CS sempat beli bakul kat kedai Kuala..

MCKK
New Hostel look dari belakang

MCKK
the green area and with Masjid Kuala Kangsar , gambar diambil dari bilik Farhan

MCKK
hitam-hitam sitampuk manggis, sungguhpun hitam ,kupandang manis.. ewah ewah cakpung cakpung

MCKK
ragam bebudak selepas cuti.. kat tepi yg concrete tu swimming pool lama MCKK

January 21, 2010 Posted by | Buah Hatiku, Diari Hati Cik Sembang, Malay College Kuala Kangsar | , | 2 Comments

Ragam Husna Hari Pertama Sekolah

Tak tau lah dah lambat atau tak,CS buat entry ni.. CS mintak maaf pada uol.. tak sengaja kay…

Ok , CS nak cite pasal Husna … seperti anak2 lain, CS nak berlaku adil, CS ambik cuti utk hari pertama sekolah.. nak ikutkan hati.. tak payah pun tak apa.. sebab bebudak sekarang dah tak ada hal nak gi sekolah..

Husna macam nervous jugak nak gi sekolah.. tambah pulak Aqil suka takutkan ..Gurubesar GARANG lah.. Cikgu Mustafa suka jerit2lah.. Ustazah Hamnah suka cubit lah.. semua nama cikgu tubit dari mulut laser Aqil.. kang mama tumbuk kang kau Qil..ekekeke

Anyway.. Husna , she is a girl with guts and confident.. cikgu panggil sapa yang berani keluar kat assembly yang berpakaian kemas.. selambaaaaaaaaaaaaa je Husna keluar..

Her reason was very simple…

Husna tengok tak ada sapa pun nak keluar,

Husna keluarlah Ma..

That is all about Husna’s First Day In School

Photobucket

Sekolah Kebangsaan Rahang

January 21, 2010 Posted by | Buah Hatiku | 4 Comments

Tahniah Cik Sembang!

Suka untuk tahniah kan diri sendiri.. akhirnya ciksembang berjaya, maju melangkah setapak lagi dalam dunia blogging ni..

Tahniah, Alhamdulillah..

Kepada yang lama dan yang baru dalam dunia blogging ni, ciksembang sentiasa alu-alukan

January 6, 2010 Posted by | Artikel & Motivasi | | 2 Comments