Ciksembang's Blog

Just another WordPress.com weblog

53 Tahun Merdeka, 11 Tahun Abah Di Taman

31 Ogos 2010, genap 11 tahun abah pergi tinggalkan mak dan CS adik beradik. Masa abah pergi, CS tak ada rumah masa tu sebab ada majlis kahwin adik ipar di KL.

Cukup kecewa tak ada disisi abah masa tu. Pagi subuh, CS terima call dari abg yg kata abah dah tak ada. Dah 11 tahun tapi terasa abah macam ada lagi.

Ternampak2 abah atas motor, ternampak2 abah guna typewriter buat surat maklumlah abah ketua kampung masa tu.
Ternampak2 abah makan, ternampak2 abah solat, ternampak2 abah keluar bilik air lepas mandi, ternampak2 kesakitan abah tanggung ternampak2 abah main2 dengan cucu..arghhhhhhhhh tak tahan rasa.

Sudilah sedekahkan AlFatihah

August 31, 2010 Posted by | Buah Hatiku, Diari Hati Cik Sembang, Precious Moments | | 4 Comments

Demi Anak!

Keresahan ciksembang terjawab sudah..

Namun ciksembang tak berdaya nak menulis disini.. nak muntahkan segala yang terbuku disini semata2 menjaga nama anak.
Apapun ciksembang dan hubby merasa ada kepuasan setelah dapat berbincang dengan guru2.. sesungguhnya hari guru tahun 2010 ini sungguh tidak membawa erti kepada kami. Puas juga memujuk hati sendiri untuk memaafkan semua atas apa yang terjadi.

Ya Allah , kami sekeluarga mohon perlindungan dariMu.

May 21, 2010 Posted by | Buah Hatiku | | Leave a comment

Momento Tulisan Abah dari Mekah

Semalam we ol sempat pergi rumah adik CS , Che Mastura aka KuYah Tuya kat Bandar Seri Putra, Bangi..
Adik beradik yang sempat berkumpul, Bang Cham dan Kak Linda ..semua anak beranak berkumpul

Sebelum balik, sempat lagi belek album Tuya
tangkap syahdu lagi terjumpa tulisan abah .. poskad yang abah kirimkan kepada abang Zulpakar Sukabumi (fb dia ni)
Masa ambik poskad tu, seme dah kata ni mesti nak hupdate kt Ciksembangdotcom… WEHHH messtilah .. belog ni ciksembang sanggup kuar duit beli domain, bayar hosting bulanan semata2 nak simpan rentetan diari hidupku…muahamuaha

Adoi.. tak jadi nak sedih ..takjadi sentimental tulis entry ni tak sama dengan entry pasal mak dulu kat sini Barang Peninggalan Mak
Poskad ni abah tulis masa mak dan abah buat HAJI tahun emmmm tak ingat plak.. yg bes ejaan abah masih ejaan lama cth sehat.. kalau dapat baca kat poskad ni.. tahun 12 JUN 1989 abah dan mak menunaikan Haji ..

(psssttt : abah memang takkan tinggal tarikh pada mana2 catatan- abah you are THE BEST)

Happy dapat baca poskad ni, seolah-olah abah ada je lagi.. happy dapat tengok lagi tulisan-tulisan abah..
especially tandatangan mak dan abah kat bawah sekali…
Ya Allah, Kau Angkatkan Azab Kubur Ibu dan Bapaku dan tempatkan mereka dalam golongan orang yang beriman,, Amiin

Photobucket

February 15, 2010 Posted by | Uncategorized | , | 10 Comments

Hampeh Seat Basikal Aqil Kena Curi

SAKIT HATI tol dengan pencuri siang-siang buta ni.. hampeh .. tak de ke bende lain ko nak curi

CS baru je belikan basikal utk AQIL .. tujuan mudahkan Aqil ke Sekolah Agama Rakyat.. disebabkan dari kecik Aqil tak merasa basikal baru, CS belikan dia basikal yg agak spesel BMX.. seat dia easy adjustable. Nak tinggi kan ke nak rendahkan ke just Plug And Play

Semalam seat basikal Aqil kena curi . PADAN MUKA ko pencuri tak dapat curi basikal sebab Aqil dah tambat basikal kat tiang. Seat tu pulak engkau nak kebas.. Tak sekolah punya pencuri .. Peerahhh .. Hampeh Nyio .. Hampeh
Apa-apa pun kesian kat Aqil.. ni hadiah birthday Aqil ke SEPULUH pada 9 JAN 2010 yang lepas

Photobucket
nak halalkan ke tak ni?

February 15, 2010 Posted by | Diari Hati Cik Sembang | , | 4 Comments

Tangkap Syahdu Dengan Nota Husna

Lately CS dan En Abe macam tak berapa lalu nak makan.. entahlah rasa miss sangat bila 2 orang anak tak ada di sisi.. cewah semonel, sentimental entry yang ni..
Bila tak ada ada nak buat, Husna lah yang dibelai-belai… sehingga Husna bagi nota ..
Bila baca nota Husna ni, CS terkenang.. kenapa lah masa aku kecik dulu aku tak bagi nota kat mak aku.. mesti mak happy.. mesti mak bangga seperti yang CS rasa .. kenapa kenapa CS tak ada jawapan utk itu..

“MAAFKAN ORANG MAK”

Photobucket

February 15, 2010 Posted by | Buah Hatiku | | 2 Comments

Aloha Ikram To Sek.Men.Sains Rembau

SEMESRA itulah acronim utk Sekolah ini.. Terimakasih Allah, kau makbulkan doa kami sekeluarga.
Ikram sekali lagi berpeluang diterima masuk ke SBP kalau Form 1 dulu ke SBPI Jempol dan kali ni ditawarkan ke SMS Rembau.
Kali ni mama dan papa lepaskan Ikram pergi sebab anak mama ni dah besar dah tau menilai buruk baik dan boleh independent.

Uniknya pada CikSembang, kalau Farhan sekolah diMCKK sekolah yang agak tua diMalaysia and Ikram sekolah yang paling junior. Rezeki masing-masing kan!

Walaupun banyak kekurangan since sekolah baru, tapi itu tak jadi kudis pada Ikram. Ko belasah je lah Ikram.. mama n papa tak risau sebab dekat dengan mama.. Kelebihan sekolah ni, kawasan luas dan environment ni menghijau .. so conducive to the students. Pengetua pun baru dari SDAR Seremban, Datuk Hj Azam bin Mohd Atan.. best of luck to cikgu to manage a new school. Sekolah ni kalau dari tol Pedas, 5 minit perjalanan memang sekolah ini dalam kawasan kampong..

Hari pendaftaran 2 Feb 2010 menjadi saksi untuk perkara bersejarah dalam family weol.. sejuk juga mata memandang budak2 sekolah ini.. Ikram macam hilang gaya sebab terlalu happy kot… macam tak tentu arah je..

Photobucket
BLOK PEJABAT SEMESRA

Photobucket
IKRAM DAFTAR DENGAN GURU KELAS – CIK ZALIKA FORM 4 FROST

Photobucket

DORM 17 –

Photobucket
NAMPAK BARU SEMUA BLOK ASRAMA NI

Photobucket
INILAH YANG MENGHIJAU NYE ..

February 7, 2010 Posted by | Buah Hatiku, Diari Hati Cik Sembang | | 2 Comments

New Hostel & Farhan

Kali ni cerita Farhan pulak dengan New Hostel… tuan/puan jangan salah faham.. Farhan bukan pindah sekolah.. tapi nama blok asrama Farhan New Hostel.. macam-macam nama blok asrama kat MCKK so called Koleq ni.. Prep School, New Hostel, Big School, entah apa lagi..

On the way pergi weol singgah Ipoh nak lunch.. En Abe pun nak bawak ayahnya makan kat tempat special sikikt.. nama kedai tu PAKEEZA RESTORAN makanan orang Moghul aka makanan kari2 /masala ni..

Kali ni , hostel Farhan kira boleh tahan laa compared to Prep School. The Prep School building is strong but the internal part is not good , still wooden staircase. New Hotel ni.. silap silap Hostel adalah hostel yang paling jauuuuuuuuuuuuhhhhhhhhhhh. Nasib baik Ciksembang tak sekolah sini dulu, kalau tidak memang den lari balik.. jauh nak mampuih.. tapi tapi tapi.. pemandangan dari bilik Farhan cukup hebat.. greeny .. I LIKE.

Bila balik, CS sempat beli bakul kat kedai Kuala..

MCKK
New Hostel look dari belakang

MCKK
the green area and with Masjid Kuala Kangsar , gambar diambil dari bilik Farhan

MCKK
hitam-hitam sitampuk manggis, sungguhpun hitam ,kupandang manis.. ewah ewah cakpung cakpung

MCKK
ragam bebudak selepas cuti.. kat tepi yg concrete tu swimming pool lama MCKK

January 21, 2010 Posted by | Buah Hatiku, Diari Hati Cik Sembang, Malay College Kuala Kangsar | , | 2 Comments

AKSI HUSNA N AQIL

Dah buhsan entry CS asik cite pasal resipi lah, demam lah.. CS nak beralih cite aset2 CS.. silap2.. bukan aset aksi anak2 CS espeselly Aqil n Husna CIte AqIL dulu … berwatak manja suspen gak… jangan jadi auwww gitu .. suka sangat melekap dengan CS
kuat makan kau!
mesti nak tambah tak tambah tak nama Aqil…
pastu suka patah.. suruh je buat apa dia patahkan badan .. pak sedara Aqil,zAMRI yang CS rasa suka jadi silent reader nya memanggil Aqil aka Aqil Patah..
ramai aweks tuh kat sekolah.. jambu lah katakan

Aqil…kau memang menarik tertarik kau memang D BOMB

Kisah HuSnA lak.. the one and only gegirl kami.. wataknya.. lembut jugak .. kalau nak tidur penuh bebear keliling.. umur baru 6 tahun tapi very concern.. suka amik berat hal abang2 .. suka nangis kalau tak dapat barang yg dia nak… macam entry boot CS yg dulu

Muahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh baby Mamaaaa

October 14, 2009 Posted by | Buah Hatiku, Diari Cik Sembang | , | 3 Comments

Demam PMR Berakhir

passenger CS dari kiri – All Georgian -Noor Azally, cousin Ikram si Sudin dan Ikram – gambar sejurus abis PMR

LEGAAA… (sound org Kedah).. diulangi lagi LEGAAAA…dah lebih 6 hari CS tak online gara-gara duduk dengan Ikram motivating him dan touch up mana-mana yang dia tak faham.. Last paper was Kemahiran Hidup Teknikal.Katanya boleh jawab.. standard jawapan Ikram kalau tanya boleh jawab tak..

Anyway Paper BM 1 susah.. Farhan pun called from MCKK katanya budak MC pun kata susah.. oklah tu kalau derang kata susah memang susah lah kot.. budak Tun Fatimah pun cakap yang sama

Sepanjang PMR ni, CS ambil peluang jumpa Ikram during lunch break bawakkan meal untuk dia.. mula-mula segan jugak.. Ada ke mak orang lain buat macam aku ni.. Aku treat anak aku kecik lagi ke.. At last memang ada pun mak-mak yang datang..

CS berdoa banyak-banyak kepada Nya semoga Ikram mendapat keputusan yang cemerlang.Amin Ya Allah

October 13, 2009 Posted by | Buah Hatiku, Sembang Sosial | , | 2 Comments

Husna Beraya Nak Pakai Barbie Boots

Husna, Husna.. kalau dah nama budak pompuan.. nilah dia .. nak bergaya jugak .. mana dia belajar nak pakai boot tak taulah.. mamanya pun tak pernah beli boot.. sob sob sob..atok KL kata macam Phua Chu Kang.. ye ke

Ni lah boot Husna, CS beli kat Metrojaya Midvalley.. brand Barbie yang murah RM74.75 after less dari brand yang lain yang cecah 3 figure.. tak sanggup CS rasa membazir pulak , so demi tak menghampakan satu-satunya anak pompuan CS belikan juga supaya dia happy..
inilah pengorbanan mama.. cewah mama berfalsafah pulak

September 24, 2009 Posted by | Buah Hatiku, Diari Cik Sembang | , , | 3 Comments