Ciksembang's Blog

Just another WordPress.com weblog

Cara Tambah Traffic Ke Blog

Photobucket

Pernah dengar tak pasal Blog Walking (BW). Kali ni CS nak bagi idea atau cara kepada bloggers utk tambah traffic ke blog uols..

Pertama : kenapa nak tambah trafik? senang je kan.. nak orang klik kat iklan2 kita..

Apa itu BW.. BLOG WALKING ni ialah cara utk kita promote blog kita.. dengan klik pada link pada orang yg komen blog kita.. samada kita kenal atau tidak tak yah ambik kisah .. tinggalkan komen kita pulak kat blog orang..
Kalau orang suka kat blog kita, for sure derang akan datang lagi..

Satu lagi jangan lupa untuk buat kerja2 backlinking dengan social website.. contohnya facebook.

Sekian pelajaran kita hari ini. Kalau tak faham, please jangan segan tinggalkan komen.. komen anda sebenarnya membantu sedara mara kita yg lain yg pun tak tahu..
CS sedia membantu yg mana mampu. Yosh ….

July 27, 2010 Posted by | Petua & Tips, Tutorial & Buat Duit | , , | 21 Comments

Petua-petua Demam Denggi

Photobucket
air tembikai
>Photobucket
sup ketam – kena makan hari2..

Demam denggi pun ada petua ke? itu detik hati uols agaknya bila baca post ni..

InsyaAllah post yang saya buat ini adalah datang dari hati yg ikhlas dengan niat nak membantu orang lain yg terkena demam denggi.

1. Makan sup ketam – memang kita tak selera tapi sebaiknya kita paksa diri makan sup ketam hari2 kita mula di serang denggi

2. Minum air tembikai banyak2 ari2 jugak.. CS cuba sendiri dan paltlet count mmg naik dengan baik.. jangan letak ais byk sangat. CS minum air ni sehingga 3 minggu. Alhamdulillah. CS rasa mungkin air ni warna merah sama dengan warna darah..oo yg ini mitos CS sendiri..

3. Tak semestinya kita kena minum air 100plus atau air kosong masa demam denggi.. rasa mual bila minum air2 ni dan 100plus akan buatkan kita rasa gastrik sebab dia masih ada gas..

4. Dapatkan supplemen yg berasaskan susu atau kolustrum untuk tingkatkan imunisasi badan.

Sekian petua yg tulus ikhlas.
Jumpa lagi di post yang lain yang lebih mengujakan hati sedara sedari..

July 22, 2010 Posted by | Petua & Tips | , | 6 Comments

Saya Sudah Sihat Semula

Selepas 3 minggu cuti sakit, alhamdulillah CS sihat semula.. selepas keluar wad .. kena pulak kesan denggi.. rashes penuh menumbuhi inci badan CS.. Ya Allah sekali lagi CS diuji Allah..

Doa saja yang boleh menyejukkan hati CS.. CS teruskan dengan makan TF dan minum air tembikai .. biar platlet count CS terus naik dan badan jadi tegap semula

July 22, 2010 Posted by | Diari Hati Cik Sembang, Petua & Tips | , | Leave a comment

Sendu Demam Denggi Hari Ke2

Jumaat pagi, doktor amik darah lagi.. naik lebam tangan aku dibuatnya..
Platlet darah aku turun lagi. ..Kali ini bacaannya 72.

Hari ini aku diserang cirit birit pulak. dahlah lemah, cirit birit pulak.. sakitnya perut memulas-mulas.. Rupanya cirit birit pun tanda2 demam denggi..banyaknya kesan denggi ni.. Suami tersayanglah yg memapah aku ke toilet ..bertungkus lumus dia menolong aku.

Sempat jugak aku terpikir macam mana manusia bernama Safwan Husaini berkarya, blogging dengan sakit barah hati. Aku yg hanya demam denggi je dah tak mampu untuk berkarya ..bohong benar.

Ahh jangan aku menambah dosa detik hati ku.

Drip ditangan hari ini dah masuk botol yang ke 10. Satu hari sekurang2nya 6 pain aku dimasukkan air. Penatnya. Rimasnya. Kali ini aku diuji lagi, perutku pulak masuk angin. Baring salah, duduk lagi salah.
Masa ni aku terkenang pada boss office a.k.a kawan baik (Hanizah Hassan) yg mmg sinonim dgn sakit angin. Ahhh aku pernah mengata dia ke… Nah ambik kau Zaidah, kau kena pulak.. SOb SOb SOB..

Banyak nya pengajaran yang aku kutip dek demam denggi aku ini. TUHAN, aku insaf !!

Malamnya pulak, sepicing pun aku tak dapat lelap mata. Nah sekali lagi aku terimbau pada kawan ofis Ghazali yang pernah mengadu pada aku dia sakit tak dapat tidor. Aku pernah mengata dia ke?.. Zali maafkan aku.

Photobucket
FOOD SUPPLEMENT, Alin present ..thanks Alin

July 9, 2010 Posted by | Diari Hati Cik Sembang, Muslimah & Aku | | 12 Comments

6 Tahun Pemergian Mak

Photobucket

2 Julai 2004 Jumaat 2 Julai 2010 – dalam sakit2 ku aku takkan lupa tarikh keramat ni.. 6 tahun mak pergi .. sama dengan hari Jumaat. Mulia nya dapat meninggal pada hari cantik ini.

Tahun ni hanya surah Fatihah yang mampu CS sedekah utk mak.. tiada bacaan Yassin sebab CS sendiri bergelut berjuang bertarung dengan denggi ni. Maafkan orang Mak, Ampunkan Orang Mak, Halalkan Susu Mak.

Ya Allah, angkatkan azab kubur ibuku dan bapaku dan tempatkan ibuku dalam tempat orang2 yang beriman.

July 8, 2010 Posted by | Muslimah & Aku, Precious Moments | | 6 Comments

Sendu Demam Denggi Hari Pertama

Ikuti rentetan demam denggi CS yang lain dari yang lain.

Rabu 30 Jun 8 mlm – aku dapat call dari Dr Shimah Klinik Darulsyifa’ yg aku disahkan DENGGI. Aku relax lagi walaupun badan rasa sakit2 banget.

Tiba2 aku menangis, sedih rasa kena denggi. Lepas tu aku cuba REDHA dengan ujian Allah.

Khamis pagi – husband terus bawak aku ke Senawang Specialist Hospital dan aku terus kena admit dan terus kena drip. Lemahnya badan Allah Yang Maha Mulia Yang Mengetahui kesakitan aku yg amat sangat. Ini rasanya DENGGI !!!!
Bermulalah episod aku tinggal di Wad Rosemary bilik single dengan kos biilik RM180 semlm.

Photobucket

Aku diserang dengan muntah2 yang luarbiasa. Semua yg mampu aku makan semua muntah. Sakitnya mak bila muntah.
Badanku lemah longlai, layu ibarat bunga di tengah panas tanpa pergola melindungi. ( Ahhh sempat juga aku berkarya…)

Tidur mlm ku diganggu misi nak ambik temperature la, blood pressure lah, inject ubatla.. semua la la la.. FED UP aku sebenarnya..

Ikuti sambungan kisah ku esok dengan petua-petua hebat perangi demam denggi. Tunggu ye

July 8, 2010 Posted by | Diari Hati Cik Sembang, Muslimah & Aku, Petua & Tips | , , , | Leave a comment

Blog ku berhabuk

Photobucket

Lamanya tak dapat jenguk blog kesayanganku .. berhabuk dah.. tak de sapa nak tolong maintain.. Okay This Is My Comeback

Ikuti kisah-kisah menarik sepanjang hidup CS di ward Rosemary

July 8, 2010 Posted by | Diari Hati Cik Sembang, Muslimah & Aku, Petua & Tips | | Leave a comment