Ciksembang's Blog

Just another WordPress.com weblog

Resipi Kerabu Kerang Pucuk Paku

Photobucket

Dengan umur CS yang 24 ni, first time baru buat kerabu..tak kisah lah kerabu mangga ke kerabu jantung ke apatah lagi kerabu kerang.

Tapi kalau makan bukan first time… tetiba bulan Ramadhan tahun ni Tuhan bukakan hati nak belajar buat kerabu.. (yg ni pun tunggu Tuhan ke..malas ke apa ko?).. Syukur bertambah lagi ilmu dan koleksi resipi.

Resipi ni sekali lagi dari ibu mertua kesayangan yang KAYA dengan kreativiti dalam masakan.. Yosh…

BAHAN-BAHAN:

1/2 ikat pucuk paku – celur
30 sen tauge – celur
1 kg kerang – rebus
2 sudu besar kerisik
2 ulas bawang merah – hiris
1/2 biji limau nipis – ambil jusnya
2 tangkai cili merah – hiris
10 tangkai cili padi – hiris
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 batang serai – hiris dan ditumbuk
2 sudu santan – untuk lembutkan semua bahan

Sedikit garam dan gula secukup rasa

CARA MENYEDIAKAN:

1. Siang pucuk paku dan celur. Begitu juga tauge dan kerang.

2. Masukkan semua bahan-bahan di dalam mangkuk dan gaul rata.

Tips
Sayur tu gaulkan 10 minit sebelum makan untuk kekalkan kesegaran.

August 27, 2010 Posted by | Koleksi Resipi, Petua & Tips | , | Leave a comment

Pandai Ke Masak Udang Masala

Salam Ramadhan kengkawan..

Pagi2 lagi kst ofis CS dah pikir nak masak apa hari ni.. Tetiba je tanya member ofis En Ismail Azhari..dia terus cadangkan Udang Masala..masyaAllah..habibi ya maulana.. ana tak pandai nak masak ini laa

Oh lek beb.. google kan ada..CS pun cuba ..Ok ni resipi udang masala versi CS

Bahan-Bahan:
Udang besar 1/2kg.
Bawang Besar 1/2 biji di hiris & 1 biji dikisar halus.
Halia 1/2″ + Bawang Putih 6 ulas – dikisar halus.
Rempah kari Ikan – 4 sudu besar.
Serbuk Cili/Cili Blend Pun Ok – 2 sudu.
Serbuk Jintan Putih 1/2 sudu kecil.
Serbuk Jintan manis 1/2 sudu kecil.
Serbuk Kunyit 1 sudu kecil
Daun Kari 2 ranting
Minyak masak 6-7 sudu besar.
Jus limau nipis 1 sudu besar.
Garam secukup rasa

CARA MENYEDIAKAN:

1. Marrinate or Perapkan udang yang telah bersihkan dengan serbuk kunyit, serbuk Cili, sedikit halia+bawang putih yang dah blend dan air limau selama 20-30 minit.
2. Panaskan Minyak, masukan bawang yang dihiris, apabila keluarkan bau wangi masukan bawang,halia+bawang putih yang dah blend tadi Rempah kari, jintan putih dan manis. Bau-bauan yang ditumis ni yang menaikkan bau masala rupanya.
3. Bila dah bau wangi masukkan udang yang diperap tadi. Masukan satu cawan air dan masukkan daun kari. Biarkan selama 10 minit di atas kuali. Tengok lah kuahnya likat macam mana yang puan-puan mahukan. Kalau pekat sgt, tambah lah air kan..Senang je
4. Tips untuk masak udang.. jangan lah lama sangat.. 3 minit dah cukup sebenarnya..kalau tak manis udang akan hilang..

TAHNIAH KEPADA DIRI SENDIRI .. first time buat terus menjadi..wolllahhhhhh ..

Photobucket

August 13, 2010 Posted by | Koleksi Resipi | , | 10 Comments

Resipi Kuih Badak Berendam Versi Kuala Pilah

Photobucket
LANGKAH 1 – tepek2 kan hingga agak rata tapi jangan nipis sgt ye

Photobucket
LANGKAH 2- letakkan inti kelapa pulak

Photobucket
LANGKAH 3 – lekatkan atau cantumkan doh tu

Hohoho.. orang Kuala Pilah ni makan macam2.. walaupun CS orang Rembau tapi bila kawin ngan orang KP ni, pelik2 je yg derang makan.. daun puding la buat rendang, pucuk ubi la buat rendang, kerang pun buat rendang.. tak beso den doh.

Photobucket
LANGKAH 4 – tadaaa dah siap… sesuai utk dibuat berbuka puasa
Tapi arini CS nak bagi resipi kuih badak berendam versi Kuala Pilah.. kenapa versi ni sebab bentuk nya tak sama ngan orang lain.. selalu kuih badak berendam kan bulat tapi org KP buat bentuknya macam karipap.. Kelaka tol !

Anyway, ni resipi

Bahan-bahan
————-
1. Tepung pulut yang dah siap campur beras pulut hitam (kalau tak ada, blend sikit 2 sudu beras pulut hitam dan campurkan dlm tepung pulut biasa)
2. Inti kelapa yang dah siap dibuat
(gula merah+kelapa+garam)
3. Sedikit daun pisang utk alas tangan
4. Santan pekat yang dicampur sedikit dengan 2 sudu besar tepung jagung dan sedikit garam

Cara-cara
———-
Bahan 1 digaulkan rata dengan air masak sehingga doh sesuai utk dibentuk
Ambil sedikit dibulatkan dan diratakan atas daun pisang.
kemudian penyekkan hingga rata tapi jgn terlalu besar.
Kemudian letakkan inti kelapa tadi.
Selepas itu lekatkan tepung tadi dan ratakan dengan daun pisang tu.

Susunkan dalam loyang/bekas
Curahkan santan pekat tadi sehingga agak setengah tenggelam kuih tu.
Kukus lebih kurang 10 minit.
Jangan lama sangat nanti santan pecah minyak

May 25, 2010 Posted by | Koleksi Resipi | , | 18 Comments

Jalan-Jalan Cari Makan Kat Johor

Cerita ni belum basi lagi.. JJCM ni pada 14 januari NS Cuti Hari Yam Tuan Besar NS.
Disebabkan CS tak dapat apa2 pingat, CS pun membawa diri ke JB.. ikut En Abe.. Ikram,Aqil n Husna pun ikut sama..
Selama ni dengar je En Abe makan sedap2 kat sana.. so kat sini CS nak share tempat makan yang sempat CS kunjungi sehari disana..
Malam tu baru sampai dari Seremban, weol makan kat Simple Street kat Jalan Tebrau dekat Hotel Selesa , belum sampai bandar JB pun lagi.. speciality kat sini Nasi Lemak Ayam.. bila tengok betul2 macam tak ada beza dengan nasi lemak lain.. tapi bila kena dengan ayam goreng kedai ni, memang terasa spesel .. meleleh air liur korang
Boleh bagi 5 BINTANG kedai ni.. tak pasal2 CS promote..
Photobucket
SORRY BEB – gambar nasi lemak tak ada.. tapi pecayalah CS memang tipu..

Tengahari Khamis tu, En Abe bawak gi makan Nasi Ambeng.. korang sebut betul2 sikit… bukan jalok ambong.. kang kena cium korang dengan orang jawa..
Nasi Ambeng ni kat Bandar Baru Uda.. pun spesel jugak… arghhhhh release rasa dari Seremban yang kehausan dengan Kedai Makan..
CS bagi 5 BINTANG jugak kedai ni…
Photobucket

NI NAMA TEMPAT MAKAN SELERA MAHSURI – NAMA KEDAI MAT CORNER

Photobucket
AMACAM ? ADA SELERA TAK?

January 28, 2010 Posted by | Holiday Event, Koleksi Resipi, My Travel | , | 8 Comments

Noxxa AMWAY Oven Breadmaker- Seperti Magic!

Bukan ciksembang kalau tak berceloteh pasal resipi, makan2 ni..
Weekend baru ni, neighbour Kak Gee ajak join demo buat roti.. dalam hati CS…mende lah nak buat roti ni.. gilah beli je kat Bakers Cottage ke.. Big Apple ke.. kedai mamak pun bertambun roti ni..

Tapi bila dah demo.. hah hambik kau !.. ROTI PANAS BEB… phuh .. caya la oven ni.. boleh menguli dan membakar..
rasa tak percaya tapi oven ni SEPERTI MAGIC.. tiba2 je gedegung gedegang oven tu.. keluar je jadi roti wholemeal..
Kalau minat oven ni, Jom layan piccasss ni..
Photobucket
LAIN MACAM JE PIC YANG NI .. hahaha..kuning betul CS ni

Photobucket

GEBU – macam Zizie Ezette..

Photobucket

INILAH ALAT YANG MENGULI TEPUNG DAN YIS SERENTAK SEHINGGA JADI DOH

Photobucket

SEPERTI MAGIC -BUN DAH SIAP..LOOKS REAL

Photobucket

DARI KIRI – AN, ACIK COMEL, TUAN RUMAH, INA, DAN KAKAK CS- SISTER LINDA

January 28, 2010 Posted by | Koleksi Resipi | , | 2 Comments

Resipi Kek Puding Jeli

Aaaaaaaaaaaaaaaa seronoknya buat Kek Puding Jeli ni… Lalalalalalala
Macam biasa puan-puan/cik-cik/abang-abang sekelian,

Bahan-bahan
* susu cair/susu pekat manis/susu Full Cream Dutch Lady
* 2 sd besar gula
* 1/2 paket tepung kastard (jenama Nona atau Lady’s Choice)
* 1 liter air- utk dicampurkan dengan kastard
* ½ biji kek coklat gulung sederhana saiznya (swiss roll pun boleh)
* 1 tin buah-buahan campur- asingkan air dan buahnya atau buah-buahan lain ikut suka
* 1 peket agar-agar jeli kristal Nona


Cara-cara Buat Puding
1. Campurkan susu pekat manis, gula kedalam 1 liter air tadi dan kacau
2. Kemudian campurkan kepada tepung kastard didalam bekas dan kacau rata sebelum diletakkan diatas api

3. Setelah rata panaskan atas api sederhana dan sentiasa kacau.
4. Pandang/perhati betul2 supaya puding tidak terlalu likat atau cair.
5. Adjust dengan tambah air masak sekiranya terlalu likat
6. Setelah masak tuangkan puding kedalam bekas


Cara-cara Buat Jeli
1. Panaskan 2 1/2 cawan air didalam bekas

2. Bila dah menggelegak baru masukkan serbuk jeli Nona tadi

3. Kacau seminit dua dan terus tuangkan keatas puding yang telah disusun dengan buahan tadi

Tadaaaaa dah siap ..senang kan.. cubalah.. kesian anak-anak nak makan

December 3, 2009 Posted by | Koleksi Resipi, Petua & Tips | 7 Comments

Dadih with love

ciksembang tetiba tekejut dapat sms dari farhan ..bukan apa nak suh buat dadih pun sms.. anak2 sekrg.. agaknya selesa lagi ber sms ke mamanye..

dengan kasih sayang ciksembang sebagai mama ni.. tak sampai ati tak ikut kan apa yang anak nak makan… itulah hati seorang ibu..mentelah farhan ada kat rumah sebab warden suruh balik .. sakit mata beb..

ciksembang pun tawakkal kalau kena balik sakit mata ni.. mc free .. sonok gak..

balik keje ciksembang mintak farhan beli susu Ideal .. farhan mmg favor tol dgn benda2 yang bersusu2 ni… dadih ke caramel ke.. apa saja yang berasaskan susu..

dia gemar sibuk kat dapur.. ciksembang mintak dia belajar buat dadih yang tutup sebelah mata pun belum tentu dia lehbuat… apa yg ko merapu ni ciksembang…

akhirnya setelah ikut arahan belakang dadih tu jadilah dadih fink strawberry .. yihaaa yihaaa angre angre yiba yiba .. jadi katun lak ciksembang ni..

plan nak makan ngan aiskrim vanila… okeh ke ni?

October 29, 2009 Posted by | Koleksi Resipi, Petua & Tips | , , | 1 Comment

LAGI-LAGI RESIPI – Spagetti ala Melayu

Kalau nak panggil kengkawan datang rumah jom cuba spagetti ni.. CS dah buat dan ajak kawan ofis beraya kat rumah , derang kata sedap..Zaihan, Hajar , Intan.. Madzqiram siap bertambah -tambah lagi
Bahan-bahan
botol 500 gm sos cili Maggi
1/2 botol 500 gm sos tomato Maggi
1 biji buah tomato masak
1 tin cendawan butang
Mixed vegetable
1 paket minced beef/chicken
sedikit white pepper
3 ulas bawang putih dicincang halus
2 labu bawang besar
1 biji telur
Parmesan (cheese powder)
Basil leave atau parsley leave – kat giant ada jual

Cara-cara
1.Tumiskan bawang putih sehingga kekuningan – always macam ni
2.Masukkan bawang besar yang telah dipotong kecil-kecil
3.Bila dah agak masak, masukkan minced beef,cendawan butang,mixed vege dan gaulkan rata
4.Kemudian masukkan sos cili, sos tomato dan buah tomato tadi.
5.Masukkan air agak2 jangan cair sangat, gravy nya nanti
6.Biarkan sekejap supaya bahan2 tadi mesra
7.Kemudian bila dah menggelegak, pecahkan telur dan kacau.Kuah akan menjadi pekat.
8.Curahkan kedalam bekas atau corning ware kita
9.Akhir sekali taburkan parmesan dan parsley/basil leaves tadi

Korang tau ke makan spagetti ni.. wakikiki

October 13, 2009 Posted by | Diari Cik Sembang, Koleksi Resipi | , | Leave a comment

Resipi Kek Coklat Kukus

Raya ni CS buat kek coklat kukus, woollah.. sodap .. moist and creamy..
Ni resipi nya
Bahan-bahan
2 1/2 cawan gula pasir
2 1/2 cawan minyak masak
2 cawan tepung coklat
6 biji telur

2 tin susu cair Ideal (lain-lain pun boleh tapi kurang lemak la)
secubit garam

3 cawan tepung naik sendiri
3 sudu teh baking powder
3 sudu teh soda bikarbonat   diayak semua

Cara-cara
Pukul telur , minyak dan gula sehingga naik
Bila dah naik, tuangkan 2 tin susu cair
tambah sedikit air dalam tin supaya kek menjadi lebih lembut
kemudian masukkan tepung, coklat yang diayak tadi

dah kembang masukkan kedalam acuan kek bersaiz 1kaki X 1 kaki
kukus dalam api kecil selama 1 jam
sekiranya api kuat, kek akan merekah

bila dah masak, tangkupkan keatas papan kek atau lain2 yg sesuai
sapukan chocalate spread keatas kek
taburkan chocolate rice supaya lebih menarik

Sedia untuk dihidang di Hari Raya ni
Kek berukuran 1 kaki X 1 kaki (agak besar- berbaloi jimat duit dan muai untuk orang yang ramai anak)

September 24, 2009 Posted by | Koleksi Resipi, Petua & Tips | | 2 Comments

Buka dengan Menu Ayam Masak Kelio– ummmm yummy

Actually CS tak lah rasa nak buat post pasal resipi ni lagi.. tapi atas permintaan kawan ofis Juma dan Intan, CS upload juga foto ini.Foto ini kurang baik sikit sebab digital camera CS ada problem sikit.CS gunakan handphone sahaja untuk upload foto ni.. kalau berkenan dengan menu ni pm lah CS atau gunalah mana-mana channel.CS tak ada masalah

September 10, 2009 Posted by | Koleksi Resipi, Petua & Tips | , | 3 Comments