Ciksembang's Blog

Just another WordPress.com weblog

Bawang Putih Bawang Merah

Photobucket

Salam Ramadhan kawan2, adik2 dan kenalan2,

Tergamak En Abe beli bawang sebuntil macam ni di bulan puasa ni..

Apa kah ini?

Sahih lah En Abe nak CS masak ari2 tak nak beli langsung.. takkan CS nak sedekah bawang lak utk jiran2 betul tak?.. Sabar je lah

Walaumacam mana pun nak cerita kelebihan bawang ni..
Bawang ni ada mineral seperti minyak dan sulfur yang membantu untuk memecahkan lemak dan meningkatkan metabolisme badan.

August 22, 2010 Posted by | Petua & Tips, Sembang Sosial | | 8 Comments

MPS Bowlers Of The Year

Jumaat petang aritu angin tak ribut tak.. tetiba jadi je weol gi main bowling kat Seremban Parade.

Tujuan nak lepaskan tension penat bekerja dannnnnnnnnn mengeratkan silaturrahim utk Jabatan ICT
Weol main 2 frame je yg sempat sebab dah masuk maghrib.. ramai lagi Melayu yang main masa tu..harapkan jangan tinggal solat kay..

Bila nak bayar , ada sedikit kecuh sebab Bowling tu mintak extra bayar sebab terlebih lempar.. gaduh nye gaduh rupanya weol dapat murah utk 1 frame..RM3.00 satu frame sebab dah booking awal.. boleh main lagi

Jom layan piccas ..

Photobucket
main bowling ngan baju kurung – ish ish.. mana punya budak lah

Photobucket
Azuan – paling PRO petang tu ..

Photobucket
Ghana ada gaya tapi tak strike ..hahaha
Fadzli lak – bowler ala kampong..

Photobucket
THE BEST PICCA – ZALI – BOLA SPIN DIA PUN SPIN

August 8, 2010 Posted by | Diari Hati Cik Sembang, Sembang Sosial | , | 2 Comments

Bio Aura Water Filter Dengan Teknologi Nano

Photobucket
Mengidam CS dengan Bio Aura.

Tapi kan En Asben buat dekk je.. tak pe tak pe.
Dah lama berkenan dengan kelebihan Bio Aura ni esp dgn teknologi Nano. Owang sebut Nano, kita pun sebut Nano. Air Berteknologi yang mengandungi NANO yang kaya dengan oksigen dimana ia adalah dalam butiran molekul air yang saaangat halus. Bila air banyak oksigen, kita minum pun, tenaga akan bertambah. Badan kita juga perlukan air yg bersifat alkali.

Kalau kita buat air penawar, selalunya kita guna air mineral iaitu Air yg belum dimasak. Kalau dulu CS pernah pergi Perubatan Syifa’ kat Datuk Harun Din, pusat tu pun galakkan kita guna air mineral.. kurang pasti kenapa.

Sukeeeenya dapat Bio Aura ni… senyum di ukir (poyo je aku ni)

June 19, 2010 Posted by | Diari Hati Cik Sembang, Sembang Sosial | , , | Comments Off on Bio Aura Water Filter Dengan Teknologi Nano

My Beauty Thoughts

Photobucket
dari kiri Foaming Cleanser , White Jewel Peeling, Exfoliating Gel Pomegranate, Skin Milk

Rasa kalau ramai pompuan baca blog CS ni, mesti suka tajuk2 entry pasal kecantikan .. CS pun tak boleh lari dari menjaga kulit.. CS mmg tak takut nak declare umur. Dengan ini CS melaporkan umur CS adalah 42 tahun.. Kenapa ya CS terlalu berani nak declare? Sebab sebab kan.. CS ni awet muda..hohoooooooooo tolong jangan mengutuk CS
Lebih baik kutuk Rejim Tel Aviv Israel tu.. lebih kejam dari CS yg sekadar memuji diri sendiri..

Kita share kat sini, macam mana CS jaga kulit.. dari belum kahwin lagi CS dah mula dengan skin care. CS tak suka brg2 make up cthnya la maskara ke, blusher ke, eye shadow.. kalau ikutkan dlm hidup ni, maskara tu baru 3 kali pakai.

CS dah lama berkecimpung dengan produk Faceshop ni.. terbaru CS beli (kawan CS aka boss CS yg belikan) scrub muka, White Jewel.. perghhh halus mulus kulit lepas scrub. CS ada jugak cuba exfoliating gel Pomegranate Faceshop tapi tak berapa best sebab water base.. satu yg kita kena hati2, jgn selalu skrub muka nanti kulit kering so cepat kedut. Bila skrub buat bulatan sebesar duit 20sen jangan tonyoh2 kay..

Okay Selamat menjaga kecantikan kulit muka…I love Facecshop my korean products..

June 1, 2010 Posted by | Beauty Thoughts, Diari Hati Cik Sembang, Petua & Tips, Sembang Sosial | , , , | Leave a comment

Jom Lanskap Rumah Kita Dengan Interlocking Bricks

Cerita ni dah agak basi sebenarnya.. dah lama ciksembang ada gambar2 tapi disebabkan kemalasan, kebosanan, kesibukan, kerisauan, kekacauan, ciksembang peram je gambar2 ni..

Arini ada mood sket..uols jangan main2.. nak menulis ni tunggu mood gak.. kalau ada bloggers yg menulis tiap2 ari tu sebenarnya nak cari duit lebih je….opss tut tut.. laser I gitu!

CS, Juma ngan Fadzli dihantar ke Majlis Inovasi Kebangsaan kat Dewan MPS.. kat pameran situ weol berkenan lak dengan interlocking bricks yg digunakan utk buat lanskap kat rumah. Boleh buat rumah jugak dari batu ni.. nampak macam tak plaster je.

Kelebihan interlocking brick ni senang nak pasang, ikut kita je nak buat bench, stool utk outdoor, nak buat as pasu bunga atau pagar imitation pun semua boleh. Cantik and very practical. Kedai ni kat Jalan Jelebu, Seremban.. perlukan detail lagi.. put in your comments.. ngeh ngeh ngeh.

Photobucket
Juma duduk atas stool interlocking brick.. set meja ni yg paling weol berkenan.. sanggup bergambar panas2 buta.

Photobucket
yang ni satu lagi decorative dari owner kedai ni.. kreatif orang Seremban.

May 24, 2010 Posted by | Petua & Tips, Sembang Sosial | , | 12 Comments

Program Berjalan Untuk Hidup

Sabtu lepas, Aqil dipilih untuk join Program Berjalan Untuk Hidup kat Gelanggang Lalulintas Lake Garden Seremban.

Semangat betul Aqil bangun pagi-pagi. Rasanya yang lebih bukan nak berjalan tapi nak amik TSHIRT and topi lepas tu dapat sijil.. Asal Aqil suka kumpul sijil wallahua’lam bissawab – memang susah nak jawab

anyway Program ni memang baik bagus as awareness biar kita pakai seatbelt belakang, pakai helmet, guna jejantas .. macam2lah..
Tapi yang paling penting, program ni Aqil dapat exercise sikit.. dah gemuk gebu si Aqil ni..
AQIL kau mmg menarik tertarik KAU MEMANG DEBOMM
Tak ada idea nak menulis ni.. atau CS tak biasa tulis rasmi2 macam ni.. kat FB , CS ramai kenalan penulis buku.. atau yg gila baca buku.. sampai nak buat Menara Buku..what a such great idea..tetiba je keluar tajuk.. peeerahhh mabuk CS

Photobucket

Photobucket
AQIL turunkan signature kat banner

January 31, 2010 Posted by | Buah Hatiku, Diari Hati Cik Sembang, Sembang Sosial | | Leave a comment

Kambing For Management Dinner


apo yang den tanyo tu… tapi kambing ni memang sodap

Malam semalam office organized dinner at the pool side Royale Bintang Seremban.
Dinner ni untuk appreciate usaha2 kami dan Ahli Majlis (pelik ke korang kalau baca) termasuk media.
Ahli Majlis ni adalah wakil-wakil dari parti2 politik termasuk parti komponen untuk membawa masalah rakyat kepada Majlis..
Dengan media ni, mesti kena baik beb..

Kalau cite pasal makan, manalah tak best.. semenjak dua menjak ni cik sembang asik makan kambing je.. aritu kari kambing.. phuhhh paneh badan den..
Dinner ni ada KAMBING PANGGANG.. ..

Ramai yang datang tapi ciksembang tak sempat nak snappy snappo.. POYO lak rasa.. sebab semua orang macam official semacam je..

December 10, 2009 Posted by | hiburan, Sembang Sosial | 2 Comments

Timakasih Timakasih Silent Reader



cik sembang tau ramai yang baca belog yang tak sepertinya ini (adoiii merendah diri lah pulak)

ciksembang ucap banyak2 timakasih timakasih timakasih yang tak terhingga..
sokongan kalian ciksembang hargai ya amat
Timakasih ye

~~~~ Enjoy Your Stay ~~~~~~~

November 24, 2009 Posted by | Diari Cik Sembang, hiburan, Sembang Sosial | | 2 Comments

CUCI MATA

Gayat jugak lah ciksembang pergi Hospital swasta ni ..

Masuk tandas pun gayat.. tak penah gak jumpa alat ni.. spesel rasa.. inovatif..
utk ciksembang kongsi ilmu ni.. bese lah ciksembang memang bukan HJ BAKHIL pasal ilmu.. pasal duit je ciksembang tak Bakhil .. hehe konpius korang baca

Tengok alat CUCI MATA ni betul2

November 8, 2009 Posted by | Diari Cik Sembang, Sembang Sosial | 2 Comments

STROK ,RAHIM, MENINGITIS, BAHU PATAH

Sabtu, ciksembang khasnya sehari untuk buat keje ziarah menziarahi.. jangan salah sangka.. ni bukan ZIARAH raya puasa atau raya haji..
Yelah tak kan asik nak duk depan laptop je .. facebook, blogging, chatting..
Ziarah pakcik sedara yang kena strok kat Hospital Tampin.. masih tak mampu nak bercakap.. sedih amat tengok..
Dah 1 jam kat sana, ciksembang anak beranak ke Hospital Pantai Melaka.. ziarah “BESAN” ciksembang kat BLIK 208..
Sejak bila pulak aku ni berbesan.. yelah.. nasib yatim piatu.. mentua adik2 ciksembang , terpaksalah dianggap “BESAN”.. “BESAN”  ciksembang  buat  operation rahim.. sedih amat sebagai sorang pompuan
HAZIQ -terbaring nampak macam sihat tapi siyesss
yang baju putih lari dari camera – pemilik ala-mak.com
Yang paling lama ciksembang lepak kat BILIK 328 .. bilik anak sedara ciksembang Haziq baru abis PMR.
Kat sini lagi sedih.. malas je ciksembang nak buat post ni dengan genre sedih..
Haziq dijangkiti kuman kat OTAK .. MENINGITIS nama saintifik.. kena ambik air tulang belakang utk match kan antibiotik.. tak tau lak kos untuk benda2 ni amatlah mahal.. telan PULUH RIBU jugak..
Symptom jadi macam ni Haziq kabur mata..jadi JULING.  Nampak orang jadi double triple.. demam panas
Balik dari Pantai Hospital ziarah sepupu mak, CIK TOM .. yang accident patah bahu dan tangan.. sedih jugak .Suami CIK TOM adalah pakcik sedara yang kena strok kat Hospital Tampin kat atas tadi tu..DUGAAN suka datang serentak
Doa takkan putus untuk kalian semua.

November 8, 2009 Posted by | Sembang Sosial, Sosial Keluarga | | 3 Comments